Lama jugak tak mengarang dekat blogger ni, admin just nak share pengalaman admin sepanjang admin jadi admin page di page2 facebook about JDT, and pengalaman admin sepanjang menjadi pengikut setia JDT di stadium2 nya dikunjungi. Admin just nak cakap, jika orang luar boleh tabik dengan cara TMJ dan JDT, inikan pula kita sendiri rakyat Johor.
Siapa cakap JDT ni pasukan lemah? JDT memang baru nak naik tetapi corak permainan mereka seolah2 mereka sudah lama bermain dalam arena bola sepak. Sampaikan setiap team negeri lain terasa tergugat dengan JDT, sehinggakan stadium yang dulu tidak penuh, kini sentiasa penuh dan tiada ruang untuk berdiri lagi. JDT diibarat sebagai " kalah dalam menang, menang dalam kalah" tapi sebenarnya " kalah dalam menang " lebih sesuai kut untuk JDT, nasib sentiasa menyebelahi mereka kerana mungkin itu nasib yang mereka harus dapat berkat doa penyokong mereka yang tanpa kenal erti putus asa.
Sejarah betul dalam hati admin, bila pertama kali admin jejak kali ke Staduim Darul Makmur(First time ke sini, tapi stadium lain tu ada jugak k) , admin rasa seolah selamat walaupun banyak batu berada diawangan. Nak kata salah penyokong JDT tak jugak, sebab sejak bila ada kayu dengan batu kat dalam stadium?? Sendiri pikir, admin tak kata apa2 okay,
Tapi mungkin tuhan nak tunjuk kat semua orang yang JDT tak salah sebab tu DIA bagi kemenangan kepada JDT untuk mara ke FINAL berjumpa pula dengan TRW!! Alhamdulilllah,, itu yang dinamakan " kalah dalam menang"
InsyaAllah, jika Allah katakan JDT bakal menang , insyaAllah. JDT akan menang, tetapi kena usaha. Kalau TRW menang, insyaAllah. Kerana itu semua bergantung pada nasib bukan pada orng atau strikernya. Kalau Allah tak mahu strikernya menang, striker tu tetap tak menang. So apa yang kita perlukan ialah doa.
Jom kita sokong piagam " GIRLS OF STRAITS"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan